Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga 2012 membawa sinar kebahagiaan kepada semua. Semoga diri dan kehidupan kita akan bertambah baik mengikut jalan Allah.
Apa sahaja yg dilakukan sempena cuti tahun baru ni ye? Setelah hamper sebulan tidak pulang ke Taiping berjumpa suami dan keluarga mentua, pada 31hb saya telah ke Taiping. Sesudah sampai, kami ke klinik kerana En Husband berasa tidak sihat. Selepas itu kami terus menerjah kedai mamak A Rahman untuk makan tengahari meski jam baru menunjukkan ang 11.20 pagi.
Sesudah mengisi perut, terus ke workshop untuk menukar tayar kete yg sudah botak. Lalu terus singgah ke rumak mak long suami di Pokok Asam. Lepaking di situ sekejap then kami terus pulang ke rumah. Kerana dalam kete sudah berbincang dan menimbang untuk kerumah adik ipar di Sg Siput. Sementelaah. Ibu mertuaku berada di sana kerana adik iparku yg sedang sarat mengandung anak ke 3, tidak berapa sihat.
Setelah packing barang serba sedikit, kami terus ke rumah pakcik suamiku untuk menziarahi neneknya yg juga tidak berapa sihat. Di samping itu, kami juga bertujuan untuk mengajak sepupu suamiku jika ingin turut serta ke Sg Siput sementara cuti sekolah masih berbisa. Dalam jam 3 ptg kami bergerak ke Sg Siput.
Kebetulan kami ke sana juga untuk mencari kitchen hood untuk di hadiahkan kpd adik ipar yg telah berpindah ke rumah baru. Lebih kepada memnuhi request daripada tuan rumah aka adik iparku…huhuhu melayang duitku. Berada di Sg Siput sehingga hari isnin dan suami serta ibu mertua menghantar sya balik ke rumah seblm mereka bertolak balik ke Taiping.
So, sempena tahun 2012 ni, saya berazam untuk pindah ke Taiping. Semoga impian ini akan tercapai. Ya Allah, ya Tuhanku, murahkan la rezekiku, semoga aku berjaya mendapat pekerjaan di Taiping. Amin…Azam lain akan di ceritakan kemudian kerna itulah azam yg paling utama buat masa sekarang.
Apa azam tahun baru anda?
Sekian, wassalam