Tuesday, November 29, 2011

It's long enough......

Assalamualaikum...

Rasanya sudah sangat lama tidak menulis dan berkunjung ke blog sendiri...tak tahu la apa reasonnya..mungkin vitamin M terlebih...byk cerita sedih, gembira, suspens yang berlaku sepanjang 7 bulan ini...

Hayfa sekarang dah berusia 1 tahun 4 bulan. Dari dia kecik sehingga la berusia 1 tahun 3 bulan, Hayfa tak pernah demam. Sehingga lah hari tu dia demam sampai dia flat langsung..tidak mampu utk bangun dan bermain seperti biasa. Suhu badannya mencecah sehingga 39.3oC. Dia pernah beberapa kali mendapat selsema yg teruk, batuk tapi dia tetap aktif cuma ketika demam buat pertama kali ini mmg memberi kesan kepada dia. Setelah 4 hari baru dia pulih seperti sedia kala. Namun nikmat sihat itu tidak lama apabila dia demam semula seminggu lps itu.

Terpaksa membawa dia ke klinik semula. Demam kali kedua ini tidak lama dan tidak seteruk yg pertama kali. Sekarang ini, sejak hari Isnin lps Hayfa demam lagi. Panas badannya sekejap tinggi sekejap ok. Still on medication so ingat nak tggu sehingga ubatnya habis dan lihat perkembangan. Kalau masih tak ok lagi, terpaksa la bawa Hayfa untuk permeriksaan lanjut. Takut la jika ada apa2 yg serius kerana dlm masa sebulan ni 3 kali dia demam.

Hayfa sekarang makin nakal. Memang memenatkan menjaga dan melayan kerenah dia. Gigi pertamanya tumbuh sekitar usianya 1 tahun 2 bulan. Lambat kan??? Apa nak buat, lama juga penantian utk melihat gigi Hayfa yg pertama. Tapi sebatang je la. Mak ckp selalunya akan tumbuh 2 btg serentak sama ada gigi di atas atau di bawah. Tapi Hayfa ni pelik skit sbb cuma tumbuh sebatang je di atas. Gigi keduanya baru nak keluar, kali ni di bawah pula.

Byk lagi cerita yg nak di khabarkan..mungkin di lain entry…semoga vitamin M tidak bermaharajalela dlm diri…